Nureens Beauty Marketing ditubuhkan pada 11 November 2008 dan mula beroperasi dengan rasminya pada 15 Disember 2008. Syarikat yang ditubuhkan oleh En. Mohammad Rafi Ismail bersama isterinya Pn. Noor Fazilina Raman dengan bertujuan mengeluar dan mengedarkan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang berasaskan Collagen diatas label Nureen's.
Nureen's Beauty Marketing telah menghasilkan dan memasarkan produknya yang pertama iaitu Nureen's Sleeming Collagen pada 15 Disember 2008 dan disusuli dengan produknya yang kedua iaitu Nureen's Lobata Collagen pada 01 April 2009. Produk yang dihasilkan ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pengguna dan rakan niaga walaupun masih baru dipasaran.