Our Newsletter


*Keistimewaan Air Kelapa Untuk Kecantikan Diri

Salam sayang..sedikit info dan khasiat air kelapa untuk kecantikan diri...

 

Cantik Dengan Air Kelapa Muda.Tidak hanya untuk mengembalikan kesegaran tetapi air kelapa muda mempunyai banyak kandungan khasiat kesihatan dan kecantikan. Air kelapa mempunyai unsur kandungan makro dan mikro iaitu karbon dan nitrogen. Ia termasuklah, glukosa, sukrosa, protein, mineral untuk tubuh, asid amino ,kalium,kalsium, magnesium,ferum, vitamin C dan lain-lain.

1)MENGHILANGKAN JERAWAT

Caranya: Satu gelas air kelapa yang dicampur dengan kunyit dan dibiarkan semalaman, Kemudian masukkan pula serbuk kayu cendana dan disimpan selama tiga hari. Titiskan campuran tadi pada jerawat dua kali sehari

2)MENCEGAH UBAN

Campurkan air kelapa dengan satu sudu garam. Gunakan semasa mandi atau ketika mencuci rambut.

3)MENYERI DAN WAJAH SENTIASA BERCAHAYA

 Sapukan air kelapa yang telah disimpan semalaman ke muka anda beberapa kali. Pastikan muka anda yang dibasuh dengan air kelapa dibiarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air.

4)ELAK KEDUTAN WAJAH

 Sentiasa membasuh muka dengan air kelapa

5)MENCANTIKKAN TELAPAK KAKI

Rendam segenggam beras ke dalam air kelapa selama 6 hingga 7 jam. Tumbuk atau giling beras rendaman tadi sehingga halus dan letakkan di telapak kaki. Lakukan selama 3 hingga 4 hari.

 

Selamat Mencuba!!!