Sejak dulu,delima memang sudah dimanfaatkan sebagai makanan yang kadang kadang diolah menjadi minuman segar. Tak jarang pula diolah menjadi ubat penyembuh pelbagai penyakit.Seluruh bahagian tumbuhan delima ini boleh dimanfaatkan sebagai ubat. Mulai dari kulit kayu, kulit akar, kulit buah, daun, biji dan bunganya. Untuk penggunaan kulit akar, biasanya dikeringkan dahulu. Sementara pengolahan kulit buah boleh digunakan secara segar atau setelah dikeringkan.
Khasiat delima ini memang luar biasa banyaknya. Kulit buah digunakan untuk pengubatan sakit perut kerana cacingan, buang air besar mengandung darah dan lendir (disentri), diarea kronis, perdarahan seperti buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, perdarahan rahim, perdarahan rektum, prolaps rektum, radang tenggorok, radang telinga, keputihan (leukorea) dan nyeri lambung.
Kulit akar dan kulit kayu digunakan untuk cacingan, terutama cacing pita (taeniasis), batuk, diarea. Bunga digunakan untuk penyembuhan radang gusi, perdarahan dan bronkhitis.
Buahnya boleh juga dimanfaatkan suntuk menurun berat badan, cacingan, sariawan, tenggorokan sakit, suara parau, tekanan darah tinggi, sering kencing, rematik (artritis), perut kembung. Biji-bijinya juga dipakai sebagai ubat penurun demam, batuk, keracunan dan cacingan.
Berdasarkan penelitian, kulit akarnya yang banyak menyimpan senyawa- senyawa alkaloid, antara lain pelletierin. Senyawa ini berguna untuk pengubatan cacingan. Sementara tumbukan buah atau seduhannya berguna untuk menghentikan cirit birit atau disentri. Air rebusan bunganya boleh dijadikan alternatif pereda sakit gigi.
Selain alkaloid, dalam kulit akar, kulit batang dan buah, terkandung zat penyamak. Zat ini berkhasiat untuk mengecilkan puri-puri, antiseptik dan hemostatik yang baik untuk keputihan.Jus buah delima pula dipercayai mampu mengurangkan penyakit jantung dan
penumpukan lemak. Percubaan sudah dilakukan pada tikus-tikus lab. Selain itu,delima mengandung antioksidan yang luar biasa tinggi,Kerana itu, ia juga boleh dimanfaatkan untuk menangkis serangan radikal bebas.
