Salam sayang..sedikit tips untuk memilih kasut yang sesuai dengan diri kita..
- Pilih kasut yang bertumit rendah
- Pastikan saiz anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia.
- Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar
- Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya
- Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
- Beli kasut pada waktu petang atau malam.
- Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.
- Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
- Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
- Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.
- Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
TIPS DAN INFO INI SAYA DAPATI DARI SEBUAH LAMAN BLOG.SEMOGA MENJADI PANDUAN KITA BERSAMA..:-)