Our Newsletter


Mengenai Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dari Putrimall Dotcom.

IDA2.jpgHASIL kajian syarikat informasi dan kaji selidik pemasaran terkemuka dunia, Nielsen Global Online menunjukkan lebih 627 juta penduduk dunia sudah mula menerokai pembelian secara dalam talian (online), sejak tahun 2005.Lebih menarik, data tersebut turut memaparkan bahawa sejak tahun 2003 hingga 2005, pembelian secara maya telah melonjak sehingga 40 peratus.

Mengikut perbandingan, penduduk Korea Selatan paling ramai membeli secara dalam talian dengan kiraan 99 peratus daripada pengguna Internet membeli-belah secara maya. Ia diikuti 97 peratus pengguna Internet dari United Kingdom, Jerman dan Jepun serta lapan peratus pembeli dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimana di Malaysia pula ? Tahukah anda bahawa pengguna Internet di Malaysia telah melebihi 15,868,000. Manakala jumlah pengguna internet dunia pula 1,596,270,108 dan kini angka ini kian bertambah dari hari ke hari. Angka statistik ini diperolehi dari sumber - Internet World Stats sehingga Januari 2009. Cuba bayangkan jika anda menjual sebotol minyak wangi yang berharga RM20.00 dan 1% dari pengguna Internet Malaysia membeli minyak wangi dari lamanweb anda, berapakah jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi? Bagaimana pula jika 1% daripada jumlah pengguna internet dunia yang membeli minyak wangi anda, berapakah pula jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi?

Halatuju FAS Global

FAS Global adalah kedai yang berkonsepkan interaktif yang menjual pelbagai produk secara online. Idea jual-beli secara online dari Putrimall.com timbul bilamana sebelum ini, Internet hanya menjadi lubuk informasi dan bahan kajian, tetapi kini ia bertindak sebagai ‘alat’ penting dalam kehidupan moden khususnya perniagaan.Walaubagaimanapun kami sedar perniagaan melibatkan wang ringgit bukan segala-galanya. Putrimall dotcom juga mementingkan perkongsian ilmu yang bermanafa'at sebagai sumbangan tarbiyah untuk rakyat Malaysia terutama generasi baru bagi membentuk ummah yang berkualiti tinggi. Kami berpendapat bahawa internet harus kembali kepada fungsi asal iatu sebagai sumber rujukan dan perkongsian informasi.

Kenapa membeli di Putrimall.com lebih menguntungkan anda ?

Faktor menjimatkan masa, wang, tenaga dan mudah mendapatkan item dari keselesaan rumah mendorong pembelian secara dalam talian begitu relevan masakini. Kebanyakan item yang dijual lebih murah kerana aliran perniagaan secara maya hanya melibatkan pihak pengeluar dan terus kepada pengguna.

Ini berbeza dengan urus niaga pasaran yang melibatkan banyak pihak seperti pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Penggunaannya di Malaysia semakin berkembang sehingga menawarkan bermacam-macam produk dan kemudahan jual beli secara maya. Mengambil kesempatan atas kepercayaan orang ramai yang semakin meningkat dalam urus niaga secara online, maka kami di Putrimall.com mengamalkan kejujuran, kepantasan dan ketelusan dalam setiap urus-niaga.

Risiko ditipu ?

Caranya mudah iaitu sebelum membeli sesuatu produk, saya akan melayari lebih daripada lima laman web yang menawarkan barangan yang sama terlebih dahulu. Selain meneliti spesifikasi item dan membuat perbandingan harga, anda wajar meminta penjual memaparkan foto produk dalam pelbagai sudut.

Tidak sukar membeli barang secara maya. Apa yang penting, layari beberapa laman web, ketahui harga barang yang sama di pasaran dan kerap berhubung dengan penjual.

Bukan mudah menyemai kepercayaan masyarakat pada perniagaan yang berasaskan talian kerana risiko kesahihan proses jual beli, isu ditipu penjual, wang lesap dan barang yang tidak elok sentiasa ada.

PEMBELIAN secara talian menawarkan pelbagai transaksi pembayaran.

“Enggan membiarkan pengguna terus bimbang, Putrimall Dotcom menampilkan rekaan laman web yang profesional dan prosedur transaksi pembayaran yang betul dan telus. Laman web Putrimall Dotcom juga menyediakan kemudahan untuk pembeli menjejak setiap penghantaran yang telah dibuat. Kami juga memaparkan nombor telefon bimbit serta alamat supaya pelanggan yakin bahawa kami adalah sebuah organisasi secara dalam talian yang sah.

Bagi menambahkan keyakinan pelanggan, Putrimall Dotcom tidak pernah melengah-lengahkan proses penghantaran tempahan.

Sebaik sahaja menerima tempahan dan pembayaran di dalam akaun atau transaksi bank sebelum pukul 3.30 petang, pelanggan berpeluang memperoleh produk yang dibeli pada keesokan hari.

Terima Kasih di atas sokongan anda terhadap kami.Tanpa anda siapa la kami.

Puan Faridatul Asmah
FAS Global,
Venice Hill Tower 9,
Jalan Persiaran Puteri 1,
Taman Puteri,Batu 9,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.


NUM PHO:017 2088017/ 012 6288246